Thursday, September 8, 2016

Sains Tahun 5
Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan

1.Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang membantunya untuk melindungi diri.


Berlindung daripada Musuh


a. Berduri
  •  Duri yang terdapat pada batang tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan kesakitan atau kecederaan pada haiwan atau manusia
  •  Contoh tumbuhan: pokok bunga ros, semalu, pokok kaktus

     
Pokok kaktus


b. Berbulu halus
  • Bahagian batang buluh mempunyai bulu-bulu halus yang menyebabkan kegatalan.
 
Pokok buluh

  • Pokok labu mempunyai bulu halus di bahagian batang, buah dan daun yang menyebabkan kegatalan apabila menyentuh pokok ini. 

Pokok labu


c. Bergetah
  •  Contoh tumbuhan: pokok nangka, pokok mangga, pokok getah, pokok keladi
  •   Pokok nangka menghasilkan getah untuk mengelakkan diri daripada dimakan.
  •   Getah mempunyai rasa yang pahit dan melekit. 
  •  Getah menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata. 
          
Pokok nangka


d. Beracun
  • Sesetengah tumbuhan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan  musuh sakit atau mati jika memakan tumbuhan ini.
  •  Buah pong-pong mempunyai biji benih yang beracun yang boleh digunakan untuk membuat racun tikus.
 
Buah pong-pong
  • Pokok alamanda menghasilkan cecair beracun yang boleh mengelakkan dirinya  daripada dimakan.
Pokok alamanda


e. Mengeluarkan bau
  • Rafflesia mengeluarkan bau yang amat busuk untuk menghindarkan haiwan daripada memakan bunga ini.
  • Bau yang busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain yang membantu menyebarkan biji benih bunga ini.
Rafflesia


Penyesuaian terhadap Iklim dan Musim


a. Akar panjang 
  •  Akar yang panjang digunakan untuk menyerap air dengan lebih baik.
  • Contoh tumbuhan: pokok kaktus


b. Batang menyimpan air
  •  Air yang disimpan oleh tumbuhan digunakan semasa musim kemarau dan cuaca  yang melampau panas.
  •  Contoh tumbuhan: pokok kaktus, pokok pisang
Pokok pisang


c. Menggulungkan daun
  • Daun digulungkan supaya luas permukaan daun kurang terdedah kepada cahaya matahari.
  •   Kehilangan air daripada tumbuhan dapat dielakkan.
  •  Contoh tumbuhan: pokok pisang, pokok keladi, pokok jagung, pokok tomato
         
Pokok jagung menggulungkan daun pada waktu panas.


d. Menggugurkan daun
  • Daun digugurkan apabila cuaca panas dan kering untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak.
  • Contoh tumbuhan: pokok bunga kertas, pokok getah   
Pokok bunga kertas

e. Daun berpecah-pecah
  •  Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah untuk mengurangkan rintangan air.
  • Daun yang berpecah-pecah ini mengelakkan daun daripada koyak dan pokok daripada tumbang.
 
Pokok kelapa

f. Daun berbentuk jarum
  •  Daun yang berbentuk jarum boleh mengelakkan kehilangan air.
  •  Contoh tumbuhan: pokok ru, pokok kaktus
 
Pokok ru


Pancaran Biji Benih
1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan memencarkan biji benh dan
     buahnya.
2. Biji benih disebarkan ke tempat lain melalui pencaran.
3. Pencaran ialah cara biji benih dibawa jauh daripada pokok induk.



Kepentingan Pencaran Biji Benih
1. Tumbuhan perlu memencarkan biji benih dan buah untuk kemandirian spesiesnya.
2. Biji benih perlu dipencarkan jauh daripad induk supaya dapat hidup dengan subur.
3. Biji benih yang tidak dipencarkan akan tumbuh berdekatan dengan induk dan akan
    mengalami persaingan sesama sendiri untuk mendapatkan keperluan seperti ruang,
    makanan, air dan cahaya.
4. Tumbuhan tidak dapat bertumbuh dengan sihat jika tidak mendapat keperluan yang
mencukupi.

Video:
Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri

Sumber Rujukan:
Buku Teks Sains Tahun 5

https://www.youtube.com/watch?v=LTmnCP8GEVs

9 comments:

  1. Terima kasih Poh atas penjelasan yang menarik tentang proses hidup tumbuhan dan peta minda yang memudahkan kami untuk mengingat isi-isi penting

    ReplyDelete
  2. nota yang cukup menarik kerana peta minda yang anda buat amat jelas, menarik dan mudah difahami. Bagus!! tersuskan berusaha!!

    ReplyDelete
  3. Bagus! Gambar yang sangat menarik dan mempunyai penerangan yang jelas.

    ReplyDelete
  4. Bagus! Gambar yang sangat menarik dan mempunyai penerangan yang jelas.

    ReplyDelete
  5. Bagus lengkap dan sangat menarik.

    ReplyDelete
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete